Selasa, 3 Januari 2012

KAU BUKAN MILIK KU

   

         Pipi ANA yang gebu itu kelihatan merah padam. Sejak berada di kelas 2 A, perkara sebegitu terpaksa dilaluinya setiap hari..Rakan sekelasnya ASH, yang baru dikenalinya pada tahun itu sering menggusiknya. Mungkin kerana ANA suka menyendiri menyebabkan ASH gemar mengganggunya.. Setiap hari pada waktu rehat, ANA lebih gemar duduk di dalam kelas bagi menyiapkan kerja sekolahnya ataupun mengulangkaji pelajaran. Pada waktu ituitu lah ASH menjalankan operasinya..
       
       "Hai ANA".. Itulah ayat pembuka bicara yang sering digunakan oleh ASH..

         Pada mulanya ANA berasa sungguh kekok berhadapan dengan ASH kerana dia sering menatap wajahnya yang mulus itu tanpa menggeluarkan sepatah perkataan pun. Tambahan pula ANA tidak biasa berhadapan dengan lekaki apatah lagi ketika dirinya direnung sebegitu rupa. ANA seperti tidak keruan apabila ASH dihadapannya.



       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan